Kerjaya politik Anwar Ibrahim

Tidak menyertai PAS

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

  • Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al-Khafi' oleh ahli-ahli PAS dan mereka benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
  • Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
  • Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.
  • Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama, Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang (apa?), untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. Pada tahun 1993, Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba yang telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Antara jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan, beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Ateneo de Manila dan anugerah Presiden oleh Universiti Georgetown.

Jawatan dalam kerajaan

Peristiwa-peristiwa dalam UMNO

Kementerian Kewangan

  • Ramai[nyatakan menurut siapa?] yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.
  • Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.[perlu rujukan]
  • Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
  • Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menyatakan bahawa Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ingin meminta bantuan IMF bagi menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997, tetapi Tun Dr Mahathir telah bertegas menolak pinjaman IMF dan menetapkan kadar pertukaran wang asing RM3.80 bagi setiap dollar Amerika.[33]

Terlalu pantas

  • Semasa pemimpin ABIM, Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.
  • Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah bin Ahmad Badawi dan Mohd Najib bin Abdul Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.
  • 1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
  • Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.
  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
  • Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Pada 1997 golongan anti Anwar menganggap golongan yang cenderung kepada Anwar yang dikenali sebagai Anwarisme sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.
  • Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, ahli akademik dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
  • Ada di antara golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
  • Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
  • Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
  • Pada tahun 1993, 95 % ahli UMNO menyokong Anwar semasa pencalonan Timbalan Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. 137 daripada 145 bahagian telah mencalonkan Anwar manakala Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.

Penyingkiran

Anwar Ibrahim sedang memperkatakan sesuatu

Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut, termasuk menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang dikatakan mengamalkan Nepotisma dan Kronisma.

Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM oleh Khalid Jafri telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti homoseksual Anwar.

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.

Pandangan bukan Melayu

  • Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Melayu' oleh Lee Kuan Yew.
  • Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
  • Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Rujukan

WikiPedia: Anwar Ibrahim http://www.smh.com.au/opinion/politics/outdated-po... http://www.abc.net.au/news/2012-08-18/an-anwar/420... http://www.abc.net.au/news/2013-05-07/extended-int... http://www.abc.net.au/news/2014-03-07/an-malaysian... http://www.radioaustralia.net.au/news/stories/2008... http://www.aljazeera.com/indepth/spotlight/malaysi... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2008/09... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2012/01... http://www.amazon.com/Asian-Renaissance-Anwar-Ibra... http://www.anwaribrahim.com/